FORUM KHAS : TANYAKAN PADA PENGASAS ESQ”

July 28, 2010 by admin  
Filed under Berita ESQ

Satu forum khas di mana pengasas Model Pembangunan Karakter The ESQ Way 165, Dr Ary Ginanjar Agustian diterbangkan khas dari Jakarta ke Kuala Lumpur dan akan menjawab sendiri persoalan-persoalan mengenai isu ESQ training di Malaysia.

FORUM KHAS :

TANYAKAN PADA PENGASAS ESQ, DR. ARY GINANJAR AGUSTIAN

MENGENAI BUKU ESQ DAN ESQ TRAINING.  

Tempat :

Grand Ballroom, Flamingo by the Lake, Ampang, KL

Tarikh & Masa :

Rabu 28 Julai 2010

2.30 – 5.30 petang

Speaker :

Dr Ary Ginanjar Agustian

Kiyai Haji Abdul Hasyim Muzadi

(Mantan Ketua Umum Nahdatul Ulama &

Setiausaha Agung International Conference of Islamic Scholars)

dan Barisan Panel Syariah ESQ

FORUM KHAS ESQ BERSAMA DR. ARY GINANJAR

  Di antara isu yang akan diperkatakan termasuklah: 1. ESQ menyeleweng? 2. Mengagung teori barat? 2. Rasyad Khalifa? 3. Sebuah agenda tersusun Yahudi? 4. Triniti Kristian? Bagi anda yang tidak berkesempatan hadir, anda boleh menonton perjalanan forum secara langsung melalui www.justin.tv/esqliveforum. Untuk makluman lanjut, sila hubungi : ESQ Leadership Center Sdn Bhd Tel : 03-7728 1650 / 7725 1651 SMS Hotline : 0 165 165 165, 019-282 9165 (Puan Wan Norzalinda)

(Malaysia) FORUM “THE ESQ WAY 165″ : MENGAPA ESQ?

July 16, 2010 by admin  
Filed under Berita ESQ, Lain-Lain

Temui jawapannya…

Jemputan Khas:

 Y.Bhg. Dato’ Setia Jaya Paduka Syeikh Hasbullah bin Hj. Abd. Halim

(Mantan Mufti Kedah merangkap Panel Syariah dan Akidah ESQ)

 

Ahad, 18 Julai 2010 8:30 malam

Grand Ballroom, Flamingo by the Lake, Jalan Ampang, SELANGOR

 

“KONSEP & KESAN KE ATAS PELAN TRANSFORMASI BERSAMA SPRM, TEKUN”

  Panel:

1. Y.Bhg. Datuk Seri Abu Kassim Mohamed,

 Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

2. Y.Bhg. Datuk Abdul Rahim Hassan,  

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif  TEKUN Nasional  

3. Y.Bhg. Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah bin hj. Abd Halim,  

Mantan Mufti Negeri Kedah merangkap Panel Syariah dan Akidah ESQ.  

Moderator : Hj. Ahmad Noor Sulaiman

Perlu hadir:

• CEO, Ahli perniagaan, Pengusaha, Pemilik syarikat/organisasi /agensi

• Pengurus, Pimpinan syarikat/organisasi/agensi

• Profesional dan Eksekutif syarikat/organisasi/agensi  

*Pakaian: Korporat / Formal  

Tempat Terhad (Khas Dewasa)

Forum khas untuk mereka yang ingin mengetahui ESQ 165

Alumni ESQ yang ingin hadir digalakkan datang

bersama rakan yang belum mengenal ESQ

 Tempahan kehadiran: <nama penuh> <syarikat> <jawatan> SMS ke 0 165 165 165 atau email ke zalinda@esq.com.my

Poster Forum klik disini : Mengapa ESQ

(Malaysia) Kenyataan Rasmi Panel Shariah ESQ M’sia (pdf file)

July 8, 2010 by admin  
Filed under Berita ESQ

Sila dapatkan Kenyataan Rasmi Panel Shariah ESQ Leadership Malaysia disini, Clik pautan dibawah :    

1. KENYATAAN RASMI PANEL SHARIAH ESQ- (Bil 2)    2. http://esqlc165.blogspot.com/

Renungan ESQ bersama Halaqah Sentuhan Qalbu di TV9

July 6, 2010 by admin  
Filed under Berita ESQ

Poster Halaqah Sentuhan Qalbu 2010

Primeworks Studios dan TV9 dengan kerjasama ESQ Leadership Center buat pertama kalinya di kaca televisyen  tanahair membawakan rancangan “Halaqah ~ Sentuhan Qalbu”.

Rancangan 13 episod ini berkonsepkan spiritual interaktif, menyentuh 13 permasalahan hidup

dengan penyelesaian berasaskan nilai-nilai Islam, Iman dan Ihsan.

Selama 1 jam, penonton akan bersama panel-panel terkenal dan akan dikendalikan oleh para trainer ESQ Leadership Center yang berwibawa.

Tajuk Dan Tarikh Siaran (Selasa, 10.00 malam)

Dicipta (15/6/10)

Panel : Y.Bhg Dato’ Hj Nooh bin Hj Gadot

Trainer : Sdr. Andi Muhamad Fajar

Pohon Hidup (22/6/2010)

Panel : Y.Bhg S.S.M Tan Sri Dr. Hj Harussani bin Hj Zakaria

Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan

Ikon (29/6/2010)

Panel : Y.Bhg Ustaz Badli Shah Alauddin

Trainer : Sdr. Firdaus Djamaris

Kontrak Hidup (6/7/2010)

Panel : Y.Bhg Dr. Fauzi Hamad (UM)

Trainer : Sdr. Rinaldi Agusyana

Dairi Nabi Ibrahim A.S (13/7/2010)

Panel : Y.Bhg Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah B. Hj. Abd Halim

Trainer : Sdr. Andi Muhamad Fajar

Macam Mainan (20/7/2010)

Panel : Y.Bhg Ustaz Hanafi Abdul Malek

Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan

Saham Ibubapa (27/7/2010)

Panel : Y.Bhg Dr. Rubiah K Hamzah

Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan

Namaku Remaja (3/8/2010)

Panel : Y.Bhg Ustaz Syed Norhisham Al-Idrus

Trainer : Sdr. Arief Rahman Saleh

Ayah dan Ibu (10/8/2010)

Panel : Y.Bhg Dr. Amnah Bohari

Trainer : Sdr. Dudi Supriadi

5 Minit Aje (17/8/2010)

Panel : Y.Bhg Ustaz Roslan Mohamed

Trainer : Sdr. Firdaus Djamaris

Akhir Hayat (24/8/2010)

Panel : Y.Bhg Ustaz Kifli Yasin

(Mufti Sarawak)

Trainer : Sdr. Rinaldi Agusyana

Mengurus Dunia (31/8/2010)

Panel : Y.Bhg Dr. Danial Zainal Abidin

Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan

Ketika Pulang (7/9/2010)

Trainer : Dr. Ary Ginanjar Augustian

Maklumbalas Penonton Halaqah Sentuhan Qalbu (HSQ) :

“Halaqah terbaik!! belum pernah ana menonton program yang sehebat ini… inilah yang kita

inginkan dalam program-program TV sekarang… hati dan jiwa mula menggamit keinsafan

dan penyesalan… persoalan yg timbul dalam benak ana, adakah cinta kita sehebat cinta

Baginda S.A.W. kepada umat-umatnya yakni kita? Ya Allah… hinanya hamba… teruskan

usaha yang mulia ini.. Halaqah memang best!” ~ Penonton 1

“Salam.saya tengok Halaqah di kedai makan, lebih kurang ada 150++ pelanggan…ada 2

family menitis air mata, yang muda-mudi terdiam seketika. Yang pakcik-pakcik berhenti

bersembang. Sekarang ini mereka masih berbual-bual tentang Sentuhan Qalbu tadi.”

~ Penonton 2

“Seusia 40 tahun first time tengok rancangan TV di Malaysia yang membawa kepada kesedaran

Qalbu…” ~ Penonton 3

“Terima kasih HSQ…. pertama kali saya melihat suami menitis air mata…, semasa mendengar

segmen SPIRITUAL…boleh saya tahu tajuk lagu yang dinyanyikn dalam segmen tersebut…

saya ingin perdengarkan kepada anak-anak saya…” ~ Penonton 4

“Sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dipertontonkan

kepada anak-anak remaja sekarang demi memberi kesedaran kepada mereka yang hanyut

entah ke mana hala tuju..” ~ Penonton 5

“Alhamdulillah, semoga HSQ dapat mengembalikan umat Islam ke landasan yang

sebenarnya, berteraskan Al-Quran & As-Sunnah..InsyaAllah. Tahniah TV9 kerana

membawakan HSQ supaya dekat di hati setiap insan yang menyaksikannya. Yang penting,

mesej yang dibawa dapat menjana perubahan dalam diri kita menjadi insan yang

Rabbani.”~ Penonton 6

*SAKSIKAN SAJIAN SPIRITUAL YANG MENSINERGIKAN GABUNGAN

ULAMAK, PAKAR MOTIVASI & TRAINER ESQ.

Syukur Alhamdulillah siaran HSQ telah memberi cahaya keinsafan yang halus, jauh

ke lubuk hati jika dihayati sepenuh hati. Ianya sudah cukup untuk menjadikan kita

hamba yang mensyukuri. TAHNIAH HSQ! Teruskan usaha murni anda.

Ridzuan Maidin

(Malaysia) Kenyataan Rasmi ESQ

July 6, 2010 by admin  
Filed under Berita ESQ

Pada waktu ini para kakitangan kami di ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) mendapat banyak pertanyaan dari para alumni ESQ serta orang ramai  di seluruh Negara tentang beberapa isu  berkaitan dengan status pelaksanaan ESQ Training di Malaysia. Kami dengan ini ingin memaklumkan bahawa ESQ Training berjalan seperti biasa di semua 13 buah negeri di seluruh Negara kecuali di Wilayah Persekutuan.   Pada 17hb Jun YBSS Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan warta Kerajaan bilangan P.U. (B) 276 yang hanya terhad untuk Wilayah Persekutuan sahaja.  Buat masa ini kami masih menunggu keputusan Jawatankuasa Muzakarah  Fatwa Kebangsaan berhubung status pelaksanaan ESQ Training. Latihan ESQ dan program-program kerjasama ESQ di semua negeri lain berjalan seperti biasa.  Kami juga terus menyokong program anjuran Jabatan-jabatan Mufti seperti baru-baru ini di program Seminar Falak di Pulau Pinang di bawah anjuran Jabatan Mufti, program prihatin di bawah Corporate Social Responsibility (CSR), ESQ Training Remaja bersama-sama anak yatim di Negeri Perak dan yang sedang berlangsung  selama 13 minggu (bermula 15 Jun 2010) adalah  kerjasama ESQ bersama dengan TV9, ”Halaqah Sentuhan Qalbu”.  Melalui program kerjasama ini, gabungan para ulamak, pakar motivasi di negara ini dan jurulatih ESQ  telah membawa satu sinergi baru di dalam usaha membantu transformasi karakter masyarakat di negara ini. ESQ  telah ditubuhkan di Malaysia sejak 18 September 2006 sebagai sebuah syarikat yang menjalankan  latihan modal insan menggunakan  Model Pembentukan Karakter, The ESQ Way 165. Ia diasaskan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian , Penulis Buku “ESQ Power” dan  Pengasas ESQ Training. ESQ terus komited melaksanakan pengukuhan dalaman dengan melancarkan program kualiti, syarikat patuh syariah, MS 1900:2005.  Seiring dengan komitmen kualiti mengikut piawaian Malaysia ini, ESQ telah menubuhkan Panel Syariah dan Akidah  mulai September 2009 yang pada waktu ini dianggotai oleh:

  1. Dato’ Mustafa Abdul Rahman, Mantan Ketua Pengarah Jakim.  Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun di dalam mengendalikan urusan agama.  Dato’ Mustafa adalah Pengerusi Panel Shariah dan Akidah ESQ
  2. Tan Sri Abdul Kader Talip yang merupakan Mantan Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai  selama 38 tahun di dalam mengendalikan urusan berkaitan agama
  3. Dato’ Paduka Sheikh Hasbullah Sheikh Abdul Halim yang merupakan Mantan Mufti Kedah mempunyai pengalaman selama 39 tahun di dalam kehakiman syarie dan urusan agama
  4. Dato’ Hj Nooh Hj Gadot, Mantan Mufti Johor berpengalaman selama hampir 40 tahun di dalam urusan agama
  5. Dr Adnan Mohd Yusoff , Dekan Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia

Modul pembinaan  insan, The ESQ Way 165 ini telah diuji kesannya ke atas transformasi karakter diri bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia, tetapi juga di benua-benua lain di Eropah dan Negara-negara seperti di Amerika, Australia, Jepun  dan  Madinah.  ESQ mendapati, hasil pengalaman dan penilaian melaksanakan latihan ke atas hampir sejuta orang di seluruh dunia, perubahan  atau transformasi diri yang hakiki hanya boleh berlaku apabila dihubungkan dengan Allah SWT, Yang Maha Pencipta.  Justeru itulah modul ESQ Leadership Training  menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai rujukan utama.  ESQ komited melakukan pembaikan berterusan bagi melahirkan pakej latihan pembangunan insan yang menyajikan penyelesaian holistik dan Islamik yang merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah bagi menangani krisis kehidupan hari ini. Gabungan kepakaran dari Indonesia dan Malaysia di dalam bidang pembangunan insan ini  diharapkan dapat membentuk sebuah packaging latihan  milik nusantara yang boleh bersaing di peringkat global.  Sebagai makluman tambahan kepada para alumni yang belum mendapat informasi tentang pengiktirafan badan-badan Islam di Indonesia, maka sukacita dimaklumkan bahawa di Indonesia, ESQ telah mendapat sokongan daripada organisasi-organisasi Islam seperti Majelis Ulama Indonesia,  Pimpinan Pusat Muhammadiyah,  Ikatan Cendekiawan Muslim Se-Indonesia, Nahdlatul Ulama dan Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia bahawa ESQ tidak bercanggah dengan syariat Islam. Seramai 8 orang Mufti dan Timbalan Mufti dari 8 Negeri  telah menghadiri training ini dan telah memberikan respon yang positif tentang ESQ. ESQ sentiasa bersikap terbuka dan mengalu-alukan sebarang pandangan dan komen terutamanya dari ulamak dan cendikiawan Islam berhubung kursus  ESQ bagi penambahbaikan untuk manafaat ummah.  ESQ bersama dengan barisan panel  Syariah dan Akidahnya  akan menjelaskan  sekiranya ada kekeliruan yang timbul  dari masa ke semasa. Untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan Panel Syariah dan Akidah ESQ : 1. YBhg. Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah Haji Abdul Halim (Mantan Mufti Kedah) – 012 429 1789 2. YBhg. Dato’ Hj Nooh bin  Hj Gadot (Mantan Mufti Johor) – 019 770 4251 Atau pihak pengurusan ESQ: 1.  Marhaini Yusoff, Pengurus Besar – 013 359 3165 (e-mail:  marhaini_165@yahoo.com) 2.  Mohamed Razib Abu Bakar, Timbalan Pengerusi – 019 222 5222  (e-mail: esqrazib@yahoo.com) – Tamat  – Sila klik link berikut : KENYATAAN RASMI PANEL SHARIAH ESQ- (Bil 2) untuk muat turun fail. Sila klik link berikut : http://esqlc165.blogspot.com/

ESQ Ke Arah Syarikat Patuh Shariah ISO MS 1900:2005

July 6, 2010 by admin  
Filed under Berita ESQ

Comments Off

Dari kiri : YBhg Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah bin Hj Abd Halim, YBhg Tan Sri Dato’ Abdul Kader bin Talip, YBhg Dato’ Hj Mustafa bin Abdul Rahman, YBhg Dato’ Hj Nooh bin Hj Gadot dan YBhg Dr. Adnan bin Mohamed Yusoff.

ESQ Leadership Center Sdn Bhd adalah sebuah syarikat latihan pembinaan modal insan berteraskan kepimpinan yang bertujuan membangun nilai moral dan karakter manusia melalui penggabungan 3 pontensi manusia iaitu kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual. Selama ini, ketiga potensi tersebut adalah terpisah dan tidak digunakan secara optimum untuk membangun modal insan manusia. Akibatnya, terjadi krisis moral dan split personality yang akhirnya mengakibatkan penurunan terhadap kualiti pekerjaan dan kehidupan manusia. Keadaan akan bertambah buruk lagi apabila manusia lebih cenderung ke arah kehilangan makna hidup dan jati dirinya yang sebenar.

Justeru, ESQ Training menjawab segala persoalan tersebut apabila menggunakan kaedah kejuruteraan spiritual yang komprehensif dalam mengupas segala permasalahan yang berlaku. Melalui ESQ Training, ketiga potensi manusia dirungkai kembali sehingga melahirkan kecerdasan secara menyeluruh dan seterusnya meningkatkan produktiviti. Sekaligus melahirkan kehidupan yang penuh makna dan bahagia.

ESQ Training yang telah bermula pada tahun 2000 ditransformasikan daripada buku Best Seller, ESQ dan ESQ Power tulisan Dr. Ary Ginanjar Agustian (Tokoh Perubahan Republika 2005). Modal Latihan yang dikenali sebagai “The ESQ Way 165” ini telah dihadiri lebih 800 ribu peserta di seluruh dunia seperti Singapura, Brunei Darus salam, Australia, Belanda, Amerika Syarikat dan juga telah mula menebarkan sayapnya di bumi Madinah. Sehingga kini, seramai lebih 65 ribu peserta telah menyertai latihan ini di Malaysia.

Setelah lebih 4 tahun beroperasi di Malaysia, ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD telah mengorak langkah ke arah mencapai status syarikat patuh ke arah mencapai status syarikat patuh Shariah di dalam Sistem Pengurusan Kualiti (ISO MS 1900:2005 SHARIAH COMPLIANCE QUALITY MANAGEMENT SYSTEM). Matlamat piawaian ISO MS 1900 ini adalah untuk memastikan syarikat ini diuruskan selaras dengan penerimaan nilai universal seperti adil, amanah, ikhlas, benar, ketepatan masa dan disiplin, dan mengenalpasti aspek halal haram di dalam semua proses penyampaian perkhidmatan dan produk, disampaikan dan dilaksanakan secara berkesan oleh semua kakitangan syarikat.

Piawaian ini mewajibkan pihak ESQ Leadership Centre Sdn Bhd untuk mengambil langkah menubuhkan Panel Shariah dan Akidah untuk menasihat, memantau dan menambahbaik modul latihan The ESQ Way 165. Panel Shariah dan Akidah terdiri daripada :

1. YBhg Dato’ Hj Mustafa bin Abdul Rahman (Pengerusi Ahli Panel, Mantan Ketua Pengarah JAKIM)

2. YBhg Tan Sri Dato’ Abdul Kader bin Talip (Mantan Mufti Wilayah Persekutuan)

3. YBhg Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah bin Hj Abd Halim (Mantan Mufti Kedah)

4. YBhg Dato’ Hj Nooh bin Hj Gadot (Mantan Mufti Johor)

5. YBhg Dr. Adnan bin Mohamed Yusoff (Dekan Fakulti Pengajian Qur’an & Sunnah, USIM)

Pihak Panel Shariah dan Akidah juga bertanggungjawab untuk memastikan setiap bahan komunikasi keluaran ESQ menepati kehendak Shariah Islam dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Panel Shariah dan Akidah juga memantau bahan-bahan latihan dan buku-buku ESQ agar selaras dengan ajaran dari Al-Quran dan As-Sunnah.

HSQ #2

June 22, 2010 by admin  
Filed under Berita ESQ

“Jadilah seperti pohon Tauhid yang segar & hidup subur dengan mengenali Ehsan,Iman & Islam sbg nilai pencerahan rohani, seperti yang diajarkan Malaikat Jibrail a.s kepada Rasulullah s.a.w.”

Saksikan program Halaqah Sentuhan Qalbu (HSQ) dgn tajuk “Pohon Hidup” bersama panelis jemputan Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, dan Jurulatih Kecerdasan Emosi dan Spiritual, Saudara Aminul Rachman Pulungan.

Jangan lupa temujanji kita malam ini pada jam 10-11 mlm d TV9.

Montage Video HSQ

http://www.facebook.com/pages/Halaqah-Sentuhan-Qalbu/132382260105324

Video promo Ep. 2 HSQ

http://www.facebook.com/video/video.php?v=400708776785

ESQ Kids

June 16, 2010 by admin  
Filed under Berita ESQ

Sebuah training untuk membangun kecerdasan emosi dan spiritual anak-anak berusia 8-12 tahun..

Sentuhan Kalbu Halaqah

June 3, 2010 by admin  
Filed under Berita ESQ, Media Room

Dewasa ini, dunia semakin maju dengan dilengkapi teknologi moden yang serba canggih.

Namun, adakah akhlak manusia yang mendiami dunia yang dipinjamkan Allah ini setinggi dan selari dengan kemodenan yang dikecapi?
Kelekaan mengejar kemewahan duniawi telah menyebabkan manusia kadang-kadang lalai untuk mengimbangi antara ilmu dunia dan akhirat maka timbullah pelbagai masalah sosial.

Sebagai sebuah stesen televisyen yang prihatin terhadap penularan wabak sosial yang tidak bersempadan itu, TV9 akan tampil dengan sebuah program wawancara yang berkonsepkan keislaman iaitu Halaqah musim baru yang bertemakan Sentuhan Qalbu.
Rancangan yang mendidik jiwa rohani itu akan merungkai segala persoalan yang menyentuh tentang kehidupan manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin berkata, Halaqah pada musim kali ini menampilkan kelainan apabila bekerjasama dengan ESQ Leadership Centre untuk mengetengahkan beberapa topik menarik.
“Apa yang pasti, topik yang diwawancara bersama ahli panel tentunya memberi kesan yang mendalam kepada penonton.
“Kali ini, hos, ahli panel dan penonton tidak kira di studio atau di rumah akan lalui satu perjalanan kerohanian yang impaknya cukup kuat sehingga mampu menitiskan air mata,” katanya yang ditemui pada rakaman rancangan itu di Glenmarie, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Ditambah dengan bantuan kesan audio dan visual di samping penceritaan yang menarik, Halaqah: Sentuhan Qalbu mampu menusuk kalbu seterusnya meruntun naluri keegoan manusia untuk mendekati penciptanya, Allah SWT.

Halaqah: Sentuhan Qalbu yang dihoskan oleh penerbitnya sendiri, Ahmad Noor Sulaiman akan disiarkan sebanyak 13 episod bermula 15 Jun ini pada pukul 10 malam setiap Selasa.

Sementara itu, Ahmad Noor memberitahu, topik-topik yang akan dibentangkan akan menyentuh tentang kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan pencerahan kerohanian supaya bersyukur dengan pemberian Allah SWT.
“Diharap, dengan topik-topik yang akan dikupas bersama barisan ahli panel yang cukup berpengalaman ini, ia mampu merubah kehidupan seseorang kepada nilai-nilai yang lebih positif,” ujar beliau.

Sehubungan itu, pihak penerbitan Halaqah: Sentuhan Qalbu mengundang orang ramai untuk menjadi tetamu di studio sekali gus melibatkan diri dalam sesi soal jawab bersama ahli panel seperti Datuk Nooh Gadot, Tan Sri Dr. Harussani, Ustaz Badli Shah Alaudin, Dr. Rubiah K. Hamzah, Dr. Amnah Bohari dan ramai lagi.

Sesi rakaman yang bermula 24 Mei lalu akan berakhir pada 14 Jun ini bertempat di Studio 1 ntv7, Glenmarie, Shah Alam.
Tambah Ahmad Noor, sesi rakaman untuk episod akhir musim ini akan mengundang pengasas ESQ Leadership Centre, Ary Ginanjar Agustian sebagai ahli panel untuk mengupas topik berjudul ‘Ketika Pulang’.

Sumber : Utusan, 2 Jun 2010

Panel Shariah ESQ

February 19, 2010 by admin  
Filed under Berita ESQ

Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Dato’ Mustafa Abdul Rahman, Dato’ Noh Gadut, Dato’ Paduka Sheikh Hasbullah Abdul Halim

Panel Shariah ESQ :

1) Dato’ Mustafa Abdul Rahman (Pengerusi)

2) Dato’ Noh Gadut

3) Dato’ Paduka Sheikh Hasbullah Abdul Halim

4) Dr. Adnan Mohamed Yusoff

Next Page »