Sharing Mufti
September 23, 2009 by admin
Filed under Perkongsian Alumni
Antara cabaran umat Islam di Malaysia yang kita hadapai kini ialah sudah ada pihak yang cuba hendak menyerapkan fahaman Islam liberal kepada rakyat kita di Malaysia. Saya memohon kepada umat Islam supaya berhati-hati tentang fahaman Islam Liberal kerana fahaman ini mendakwa bahawa semua agama adalah sama sedangkan di dalam Al-Quran telah jelas mengatakan “Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam.” Jadi agama selain dari Islam tidak boleh diterima oleh Allah s.w.t. Ini yang harus simabil perhatian oleh umat Islam.
Saya telah mengikuti ESQ Training dan saya mendapati pendekatan ini adalah pendekatan yang terbaik dan sesuai pada masa kini. Sebab pendekatan ESQ ini adalah pendekatan berbentuk ilmiah, iaitu berdasarkan daripada ayat Al-Quran, kemudian disepadukan dengan akidah. Walau dipaparkan penemuan astronomi atau ilmu sains dan sebagainya tetapi ia Berjaya dikaitkan dengan keyakinan kepada Allah Yang Maha Pencipta. Bagi saya apa yang dibuat oleh ESQ adalah training terbaik yang pernah saya ikuti.
Barat cuba menghapuskan fahaman (Islam) mengatakan bahawa sains itu tiada kaitan dengan Islam…sebagai cara untuk memisahkan cara hidup dengan agama. Barat cuba memesongkan pemikiran umat Islam, sedangkan zaman silam, kita melihat berapa ramai ulama-ulama Islam yang sangat memahami ilu sains seperti astronomi dan kaji hayat. Saya melihat modul yang terdapat dalam ESQ, tidak ada perkara-perkara yang bertentangan dengan iktikad Ahli Sunnah Waljamaah yang kita yakini dan amalkan.
Selain itu saya melihat training ini juga sangat bersesuaian untuk golongan remaja. Training ESQ Berjaya mengumpulkan generasi muda selama dua hari dan diberikan ilmu-ilmu berkaitan dengan keyakinan dan pegangan hidup. Training ESQ ini cara mudah untuk memberi kesedaran kepada mereka.
Sebenarnya jika kita ingin menilai sesuatu perkara, pertama sekali kita perlu melihatnya dari peringkat awal sehingga akhir. Kita tidak boleh hanya berpandukan buku semata-mata. KAdang-kadang apa yang kita baca tak sama dengan apa yang kita alami. Kita faham yang lain, sedangkan apa yang penulisnya maksudkan tidak sama dengan apa yang kita faham. Sebab itu orang kata kalau nak belajar, mestilah berguru. Kalau kita tidak faham atau berasa ragu, kita boleh bertanya kepada penulis. Jangan mudah membuat anggapan, sesuatu yang kit tidak faham itu menyeleweng tanpa kita bertanya dahulu kepada penulisnya.
Perkongsian oleh : S S Datuk Hassan Ahmad, Mufti Pulau Pinang


ESQ 165 satu penyampaian yang terbaik untuk membentuk hati yang dibelenggu sekian lama. Sesungguhnya dengan kehendak ALLAH setelah hadirnya kursus ini kita dapat menginsafi diri sendiri yang mana kita ini adalah hamba ALLAH yang tiada apa-apa tanpa pertolonganNya. Janganlah kita merasa sombong dan angkuh sesungguhnya pergerakan itu datangnya dari ALLAH. Percayalah dan yakinlah pada ALLAH SWT dengan sesungguh hati bahawasanya ALLAH memiliki dan menguasai sekelian alam. Kita akan kembali kepadaNya. Al Quran itu benar, janji Allah itu benar Qiamat itu pasti datang( Allah saja yang mengetahuiNya).
Walaupun tidak menghadiri Seminar ESQ 165, saya dapat rasakan ianya boleh disemai kepada semua manusia sejagat dengan mengikuti prinsip atau formula (membaca, memahami dan mempratikan) yang berasaskan sahsiah dan rohani (suci hati) dalam menjalankan amanah, tanggungjawab di muka bumi ini. Yang penting niat suci (nawaitu) , usaha ( kearah matlamat hidup -cita-cita/impian kita) dan berdoa, insyallah ianya akan dimakbulkan. Jangan sesekali mudah putus asa jika kegagalan demi kegagalan menjelma. Ianya hanya cubaan dan rintangan sementara yang mana akan membawa kita ke satu peringkat yang lebih tinggi dan dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat atas kekuatan IQ, EQ apa-apa Q pun.
Jadilah hamba Allah yang senantiasa taat dengan perintahnya maka kejayaan, kebahgiaan, kenikmatan, kesihatan dah tentu milik mutlak anda.
JIKA DIRIMU TIADA MAMPU LAGI UNTUK ALLAH,,MAKA JADIKANLAH HATIMU HANYALAH UNTUKK ALLAH,,
ESQ 165 adalah satu yang pengalaman barut bagi saya…..ESQ telah mengubah segalanya terhadap diri saya……. saya percaya manusia itu sama sahaja , tiada kelebihan setiap manusia ….hanya pendirian kita sahaja untuk berubah ….ESQ 165 terbukti mengubah setiap insan yang inginkan kedamaian hati
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah s.w.t kerana dgn izinNya saya dapat menghadiri kursus ESQ 165 pada 6-9 Ogos 2009 di Hotel Royale Bintang,Seremban anjuran Kementerian Pertahanan Malaysia.Disebalik keuzuran@baru menjalani pembedahan Histerectomy sebulan setengah yg lalu,memberi impak mendalam serta semangat baru dalam mengharungi kehidupan.Ianya menyentuh hati dan perasaan,dimana dunia,KITA dan makhluk lain hanyalah pinjaman.Betapa kerdilnya kita di sisi Allah dan semuanya akan kembali kepada penciptanya iaitu ALLAH.
Kealpaan telah membawa banyak kemusnahan diri kita.Musuh2 Islam sentiasa mencari ruang dan peluang memusnahkan umatnya tanpa kita sedari.Ayuh! bersedia,bangun dan bersihkan HATI KITA menjadi seperti MR ZERO dalam mengharungi asam garam kehidupan sebelum sebelum Kita di jemput ALLAH…AMIN
Salam semua….dengan izin Allah, saya akan mengikuti KL43 dari 15/1/10 – 17/1/10. Harapan saya, saya akan menjadi hamba Allah, isteri, anak, ibu, kawan dan orang yang lebih baik, selepas mengikuti kursus ini nanti…..seperti apa yg diceritakan oleh colleague yg juga Alumni ESQ….
Salam.
Saya baru sahaja selesai seminar ESQ semalam (19 – 21 March 2010) KL 045 bersama isteri, dan dihadiri oleh dua anak perempuan saya sebagai ATS disana. Saya kagum dengan cara dan corak penyampaian terutama oleh Tuan Hj. Legisan dan sistem serta kaedah2 yg digunakan. Hati saya amat tersentuh kerana selama ini sememangnya saya mencari2 dan memaksa diri untuk pengabdian diri pada Allah snt, menyanjungi Rasulullah saw serta menjunjung Al-Quran dan ISLAM sebagai ad-din. Sekarang saya seolah2 berjumpa antara pintu2 kearah itu. Alhamdulillah, Maha Suci Sifat2 dan Nama2 Allah snt. Subhanallah, Allahu Akhbar.
Sebenarnya saya dan isteri telah didaftarkan oleh anak perempuan saya, beberapa bulan yg lalu, kami selalu abaikan kerana ada perkara penting yg kami perlu uruskan. Kini saya sedar bahawa seminar ESQ ini adalah antara perkara penting yg perlu diberi keutamaan.
Dengan Lagu ‘Demi Matahari’ yang didownloadkan dari anak perempuan saya, saya mula minat dan menghayati dan amat sayu hati dan mudah mengalirkan airmata kerana ia adalah ungkapan2 kasih Allah pada saya. Ayat2 Al-Quran umpama kata2 cinta kasih dari Allah dan ucapan Rasulullah pada saya.
Sememangnya saya bukan penulis yang baik, cuma luahan dari hati saya, ajaklah sahabat2 utk mengikuti seminar ini atau setidak2nya sampaikan berita dan cerita kasih sayang Allah snt pada hambaNya dan Rasulullah pada umatnya.
Sememangnya kos RM1,000 masih tidak ramai yang berkemampuan, atau tidak dapat atau tidak sanggup untuk membelanjakannya utk seminar ESQ ini, namun sama2 la kita mencari kaedah bagaimana cerita2 cinta kasih sayang serta Nama2 Allah pada Asma-Ul-Husna itu difahami oleh seluruh orang2 Islam terutama Umat Nabi Muhammad saw.
InsyaAllah, byk lagi yg ingin saya luahkan, cuma saya sememangnya bukan penulis yang baik, mungkin, kalau berbicara, boleh saya ceritakan, InsyaAllah.
Mohon maaf atas segala apa yg perlu utk saya membersihkan diri ini.
Salam.
AIA
Saya mengetahui ESQ165 melalui majalah2 ilmiah .Selain tu baru2 ni saya menonton Astro Oasis ..dan sgt2 teruja dgn pengalaman2 Alumni ESQ. Saya ternanti2 siaran ni ..Saya juga berdoa agar suatu hari dapat menghadiri Seminar ni.InsyaAllah
Assalamualaikum kepada seluruh saudara seagama dengan ku..bersyukur kepada ALLAH terasa bertuahnya kerana telah terpilih mengikuti ESQ pada 18 sehingga 20 Mei 10..saya benar2 dapat merasakan selama ini kita telah banyak lalai dan alpa dalam mengerjakan suruhan ALLAH yang Maha berkuasa, sesungguhnya kita ini terlalu kerdil disisiNYA..terasa benar-benar keinsafan menjelma…jikalau diizinkan ALLAH saya ingin membawa isteri dan keluarga mengikutinya..(ESQ)..kerana telah mengajar siapa diri kita….hanya untuk MU YA ALLAH..marilah semua saudaraku, bangunlah semua saudaraku..tidak akan menyesal mengikuti ESQ….sesungguhnya ia benar-benar menginsafkan diri….terimakasih para alumni dan tenaga pengajar, aku mendoakan semoga kalian terus dirahmati ALLAH dalam meneruskan program yang murni ini..