Terima Kasih PM
June 23, 2009 by admin
Filed under Berita ESQ
“Kami mewakili generasi baru Malaysia , komited menjunjung, menjiwai dan menyebarkan 7 Nilai Dasar untuk membangun karakter iaitu “Jujur, Tanggungjawab, Wawasan, Disiplin, Kerjasama, Adil dan Prihatin” untuk membentuk sebuah negara dan rakyatnya yang 1 HATI, 1 MALAYSIA.”
Hero Lies in You
June 23, 2009 by admin
Filed under Perkongsian Alumni
Hero Lies in You merupakan sebuah lagu motivasi yang dinyanyikan oleh Mariah Carey.
Video penuh inspirasi di bawah telah dibuat oleh seorang alumni ESQ, Muhammad Ruzaini Ibrahim.
Semoga mendapat manfaat.
Bagus untuk Kanak-Kanak
June 23, 2009 by admin
Filed under Berita ESQ, Media Room
Kuala Lumpur – 17 Jun – Pembentukan sahsiah dan nilai dalam diri perlulah diterapkan bermula dari sejak kecil lagi. Maka, bersesuaianlah dengan peribahasa Melayu yang berbunyi ”melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Dalam hal ini, ibu bapa adalah individu yang penting dalam membentuk perkembangan dan mendidik anak-anak mereka untuk berkeperibadian mulia berlandaskan nilai-nilai murni yang telah disarankan oleh semua pihak termasuklah di dalam agama sendiri.
Nafas Baru Dunia Motivasi
June 23, 2009 by admin
Filed under Berita ESQ, Media Room
![]() |
| Peserta menjalankan pelbagai aktiviti bagi membentuk peribadi dan sahsiah diri sebagai seorang Islam di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, baru-baru ini.
|
PEKAN 15 Jun – Sinergi Islam, pengurusan moden, psikologi dan sains disusuli penggunaan teknologi terkini yang berkonsepkan visual dan simfoni.
Itu antara yang diketengahkan oleh sebuah syarikat kaunseling tempatan, ESQ Leadership Centre Sdn. Bhd. (ESQ) dalam program-program motivasi yang dijalankan sejak empat tahun lalu.
Kaedah tersebut boleh dianggap sebagai satu pendekatan unik diketengahkan syarikat berkenaan hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan dan tidak keterlaluan sekiranya ESQ dianggap sebagai satu permulaan era baru buat program motivasi di negara ini ketika ini.
Berbanding kebanyakan program motivasi yang diadakan di negara ini, ia lebih tertumpu kepada sesi ceramah, interaksi sesama rakan peserta selain beberapa atur cara yang bertujuan membina daya semangat dan pemikiran para pesertanya.
Sharing Mufti Perak
June 11, 2009 by admin
Filed under Perkongsian Alumni
ESQ Selari Dengan Islam
June 8, 2009 by admin
Filed under Berita ESQ, Media Room
Putrajaya – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, kursus ESQ 165 tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh diteruskan dalam usaha membentuk modal insan demi pembangunan negara.
Training Wajib Pegawai KP
June 8, 2009 by admin
Filed under Berita ESQ, Media Room
Putrajaya – Panglima Angkatan Tentera, pegawai tertinggi di Kementerian Pertahanan(KP), Komandan, dan Pegawai Kanan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) akan diwajibkan menyertai kursus ESQ 165 bermula akhir bulan ini.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan atasan di kementerian dan PLKN itu perlu menyertai kursus tersebut yang disifatkan berbeza dengan kursus-kursus motivasi yang dianjurkan di negara ini.


