Najib Lancar EE7B 3 Disember
November 29, 2008 by admin
Filed under Berita ESQ, Media Room
KUALA LUMPUR 28 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri Malam Perpaduan Nusantara (MPN) seterusnya melancarkan projek Ekspedisi Ekstrem 7 Benua (EE7B) pada 3 Disember ini.
Bertempat di Dewan Perdana Felda, program anjuran Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) dan ESQ Leadership Centre itu bertujuan mengumpul dana bagi membiayai projek ekspedisi tersebut yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta.
Buku Terakhir Hadiah Papa
November 29, 2008 by admin
Filed under Berita ESQ, Media Room
KUALA TERENGGANU: “Saya begitu terkejut apabila menerima panggilan memberitahu papa sudah meninggal dunia petang tadi (semalam),” kata Khairul Ariff, 15, anak bongsu Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail, 59, semalam.
ESQ Peransang Mengejar Kejayaan
November 29, 2008 by admin
Filed under Berita ESQ
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.
Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu.
Sementara itu, menurut anak beliau, Kkairul Ariff, Allahyarham ada memberikan sebuah buku bertajuk Emotional Spiritual Quotient(ESQ) kepadanya sebagai peransang untuknya mengejar kejayaan.
Mencari Diri
November 27, 2008 by admin
Filed under Berita ESQ, Media Room
Menginsafi bahawa lelaki dan wanita mempunyai kelebihan tersendiri boleh memperkasakan keluarga
KEWUJUDAN antara lelaki dan wanita sememangnya ada perbezaan serta mempunyai kelebihan mahupun kelemahan masing-masing. Justeru, seorang lelaki itu tidak boleh mendakwa dirinya ada kuasa dan lebih berhak terhadap wanita. Begitulah juga wanita tidak boleh menuntut sesuatu perkara berlebih-lebihan hanya kerana berasakan dirinya lemah berbanding lelaki dan layak mendapatkannya.
Sharing Parents di Teen 9
November 25, 2008 by admin
Filed under Perkongsian Alumni
Semasa ESQ Training Teens ke-9 yang diadakan pada 22-23 November, beberapa ibu-bapa dan anak-anak telah menghadiri program ‘Sharing Parents’. Melalui program ini, ibu-bapa dan anak-anak berkongsi pengalaman mereka setelah menghadiri ESQ Training.
Let’s Be Part of History!
November 18, 2008 by admin
Filed under Berita ESQ
Anda ingin menjadi sebahagian daripada ‘history‘ Malaysia dan dunia?
InsyaAllah, melalui Ekspedisi Ekstrem 7 Benua Fasa III (klik sini untuk maklumat lanjut), adik Salman Ali Shariaty dan Zahra Masoumah Abdul Halim bakal diiktiraf sebagai manusia termuda dan wanita Muslim pertama yang berenang menyeberangi selat Inggeris.
Tun Mahathir Hargai ESQ
November 10, 2008 by admin
Filed under Berita ESQ
Tun Dr. Mahathir Mohamad memuji peranan ESQ dalam menyebarkan nilai-nilai kejujuran, tanggungjawab, disiplin dan peduli kepada seluruh pelusuk dunia.
“Saya yakin bahawa hubungan masyarakat Malaysia dan Indonesia akan semakin erat melalui ESQ,” kata bekas Perdana Menteri Malaysia dalam forum bertajuk “Nilai Belia dan Kepimpinan Masa Depan” yang diadakan oleh ESQ Leadership Center Sdn. Bhd., Sabtu 8 November 2008 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Triathlon Amal Berjaya!
November 10, 2008 by admin
Filed under Berita ESQ, Media Room
Alhamdulillah, triathlon amal yang telah dilancarkan pada Sabtu lepas, 8/11/2008, telah berjaya dilaksanakan. Adik Salman Ali Shariati Abdul Halim telah berjaya berenang merentasi tasik putrajaya sejauh 8 km, berbasikal sejauh 360 km dan berlari sejauh 84 km. Tahniah diucapkan kepada adik Salman!
Training Wajib Kerajaan Selangor
November 10, 2008 by admin
Filed under Media Room
PETALING JAYA, 4 Nov: Kerajaan negeri Selangor mewajibkan ketua jabatan dan pegawai kanan di bawah agensi kerajaan negeri menghadiri bengkel latihan kerajaan bagi memantapkan hala tuju pentadbiran dan menerapkan amalan budaya kerja yang lebih cemerlang.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata bengkel itu akan dijadikan garis panduan bagi menyelaras pengisian sistem nilai, pembentukan minda serta penyuburan emosi pegawai kerajaan negeri.

Datuk Dr. Hassan Ali
“Garis panduan yang mereka peroleh dalam bengkel ini akan menjadi asas kukuh bagi melahirkan modal insan yang bermotivasi, amanah dan berwawasan supaya misi dan visi kerajaan negeri tercapai.
“Jadi kita harap mereka akan menerapkan pengisian program untuk faedah mereka sendiri dan juga organisasi yang ditadbir,” katanya selepas merasmikan Bengkel Latihan Kepimpinan ESQ anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, semalam.
Sementara itu, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Roslan Sakiman, berkata pihaknya menyokong usaha itu yang mengambil pendekatan ‘Spices’ bermaksud penekanan akan diberikan kepada faktor fizikal, intelektual, emosi dan sosial dalam setiap program yang dilaksanakan.
“Bagi MBPJ program ini bermula dengan kumpulan pengurusan tertinggi dan profesional untuk mencapai tujuh nilai dasar iaitu jujur, tanggungjawab, disiplin, berpandangan jauh, kerjasama, adil dan prihatin supaya mereka dapat memajukan diri serta perkhidmatan dalam organisasi.
“Ia akan menjadi perangsang kepada mereka supaya meningkatkan prestasi dan emosi dengan lebih baik ketika bekerja,” katanya.
Bengkel diadakan sehingga 5 November ini, dihadiri 163 peserta dan membincangkan pelbagai tajuk penting, antaranya memahami prinsip kepemimpinan, pengawalan diri, membina kerjasama dan membina karakter dengan lebih lanjut.
Sumber : Berita Harian
Latihan Kepimpinan ESQ 165
November 10, 2008 by admin
Filed under Media Room


Source : Berita Harian Jumaat, 7 November 2008

